Page Title |
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Wakaf Muaqqat dan Prospek Pelaksanaannya Di Malaysia
Tajuk

Wakaf Muaqqat dan Prospek Pelaksanaannya Di Malaysia

Kategori

Lain lain

Tahun Diterbitkan

2026

Flipbook
Download

Kewangan sosial Islam ialah sesuatu yang dinamik dan perkembangannya dalam memenuhi keperluan masyarakat perlulah menepati dengan ketetapan syarak. Walaupun pandangan Mazhab Syafie tidak mengiktiraf pelaksanaan wakaf muaqqat, namun keabsahan konsep wakaf muaqqat ini mengikut pandangan muktamad Mazhab Maliki tidak boleh diketepikan. Justeru itu, kajian dalam meneroka potensi wakaf muaqqat di Malaysia wajar diteliti dengan lebih lanjut dan mengambil kira semua aspek termasuk hukum syarak, maslahah dan aplikasinya.

Justeru itu, buku ini akan membincangkan prospek pelaksanaan wakaf muaqqat di Malaysia. Secara ringkasnya, memberi pengenalan kepada definisi wakaf, latar belakang dan keperluan kepada hukum wakaf yang baharu, iaitu wakaf muaqqat. Bab dua secara khusus membincangkan dengan terperinci berhubung perbahasan fuqaha bagi wakaf muaqqat. Hal ini termasuk dalil dan hujah yang dipegang oleh fuqaha yang mengharuskan wakaf muaqqat. Ia membincangkan konsep dan hukum wakaf muaqqat menurut pandangan fuqaha klasik dan kontemporari. Ia dimulakan dengan penjelasan bahawa sumber dalil wakaf adalah terhad dan banyak hukum wakaf ditentukan melalui ijtihad. Terdapat dua pandangan utama ulama: Golongan pertama (jumhur Hanafi, Syafie dan Hanbali) menolak wakaf muaqqat kerana menganggap kekekalan (ta‘bid) sebagai syarat sah, manakala golongan kedua (Maliki, Abu Yusuf daripada Hanafi, dan sebahagian Syafie serta Hanbali) mengharuskan wakaf muaqqat kerana ia masih menepati tujuan kebajikan. Menurut ulama moden seperti Abu Zahrah, Gad al-Haq dan Monzer Kahf, wakaf muaqqat diharuskan bagi memberikan fleksibiliti kepada pengurusan harta wakaf dan meningkatkan sumbangan terhadap pembangunan ekonomi semasa. Hujah mereka bersandarkan kepada hadis Saidina Umar r.a. tentang wakaf di Khaibar yang menunjukkan fleksibiliti pelaksanaan wakaf, serta qias dan dalil ‘aqli yang menegaskan bahawa wakaf ialah sedekah yang boleh dilaksanakan sementara atau kekal. Bab ini menegaskan bahawa keharusan wakaf muaqqat selaras dengan prinsip maslahah dan boleh menjadi alternatif untuk memperkasa pembangunan ekonomi umat Islam masa kini 

Scroll to Top
Skip to content