Page 142 - Demo
P. 142


                                    142LAPORAN TAHUNAN 2023Jabatan Wakaf, Zakat dan HajiLAPORAN PERBELANJAAN MENGURUS BAGI TAHUN 20231.PendahuluanBahagian Khidmat Pengurusan (BKP) adalah merupakan bahagian yang bertanggungjawab dalam memastikan pengurusan kewangan dan akaun JAWHAR diuruskan dengan baik iaitu mematuhi semua peraturan dan pekeliling yang berkuatkuasa. Justeru itu, BKP perlu memastikan peruntukan yang diluluskan digunakan secara cermat, berhemah serta mematuhi prosedur serta pekeliling yang berkuatkuasa. 2.Laporan Prestasi Perbelanjaan Tahun 20232.1Prestasi Perbelanjaan Mengurus Tahun 2023Pada tahun 2023, JAWHAR telah diluluskan dengan peruntukan sejumlah RM14,465,500.00. Namun demikian, jumlah peruntukan mengurus JAWHAR yang dikemaskini sehingga 31 Disember 2023 adalah sebanyak RM13,771,473.90. Peruntukan yang diluluskan adalah di bawah Dasar Sedia Ada (DSA) berjumlah RM14,217,600.00 dan di bawah Program Khusus Luar Negara (LN) berjumlah RM148,500.00 serta Program Khusus Emolumen Kakitangan Kontrak (EKK) berjumlah RM147,900.00.2.2Sehingga 31 Disember 2023, JAWHAR telah membelanjakan sebanyak RM13,527,954.59 atau 98.23% daripada peruntukan yang telah dikemaskini.3.Prestasi Perbelanjaan Mengurus Tahun 2018 Hingga Tahun 20233.1Peratus perbelanjaan mengurus bagi tahun 2023 telah melebihi sasaran perbelanjaan 97% daripada peruntukan kemaskini.3.2Perbandingan prestasi perbelanjaan mengurus dari tahun 2018 hingga tahun 2023 adalah seperti di Carta 1.
                                
   136   137   138   139   140   141   142   143   144   145   146