Page 145 - Demo
P. 145
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN Putrajaya, 2 September 2024 JAWHAR telah mengadakan Hari Kesihatan JAWHAR Siri 2 Tahun 2024 Bilik Darussalam, Aras 9, JAWHAR yang memfokuskan kepada promosi kesedaran kesihatan mental. Taklimat bertajuk %u201cLiterasi Kesihatan Mental: Jom Cakna!%u201d telah disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi, JPA, YBrs. Dr. Naniyati binti Shuib. Taklimat berkenaan menyentuh mengenai jenis-jenis masalah kesihatan mental dan cara untuk mengenal pasti serta pencegahan awal masalah berkenaan. Program ini telah dihadiri oleh pegawai JAWHAR dalam usaha untuk mewujudkan penjawat awam yang cakna mengenai isu kesihatan mental serta mewujudkan tempat kerja yang selamat bagi melahirkan warga kerja yang seimbang dan sihat dari segi psikologi.Hari Kesihatan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji Siri 2 Tahun 2024112|LaporanTahunan 24Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji

