Page 161 - Demo
P. 161


                                    BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN Putrajaya Sepanjang tahun 2024, JAWHAR telah berjaya melaksanakan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) sebanyak tiga kali, iaitu pada 20 Mac 2024, 17 Julai 2024 dan 21 November 2024.Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah JAWHAR, YBhg. Dato%u2019 Selamat bin Paigo ini merupakan medium dua hala, di mana Pihak Pekerja diberi saluran untuk berkomunikasi dengan Pihak Pengurusan dalam menyuarakan pendapat, pandangan serta menyumbangkan idea-idea yang bernas demi kepentingan dan kebaikan organisasi.Selain itu, platform ini turut memberi ruang kepada Pihak Pekerja untuk memberikan sumbangan idea kreatif dan inovatif bagi memastikan JAWHAR terus berkembang dan kekal relevan. Penganjuran mesyuarat ini mengikut perancangan yang telah ditetapkan dan telah menyumbang kepada kepatuhan pencapaian KPI HRMIS Jabatan.Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan 128|LaporanTahunan 24Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji
                                
   155   156   157   158   159   160   161   162   163   164   165