Page 185 - Demo
P. 185


                                    Antara peranan penting BTM juga ialah memastikan keselamatan ICT jabatan diperkemas dan dipertingkat dari semasa ke semasa bagi mengurangkan risiko pencerobohan ke atas aset ICT dan maklumat jabatan. Antara langkah yang diambil termasuk pengukuhan aspek kawalan keselamatan fizikal dan bukan fizikal (melibatkan software/tools, hardware, secure coding dan sebagainya).Warga jabatan juga sentiasa diberi pendedahan berkaitan kepentingan menjaga keselamatan ICT dengan menyebarkan hebahan maklumat berkaitan keselamatan ICT dalam bentuk poster melalui e-mel kepada semua warga JAWHAR. Informasi ini bertujuan memberi input dan maklumat berguna kepada warga JAWHAR berkaitan dengan pematuhan kepada Dasar Keselamatan ICT (DKICT) JAKIM dan tip keselamatan ICT sebagai panduan. Berikut merupakan sebahagian poster berkaitan keselamatan ICT yang dihasilkan oleh BTM:Keselamatan ICT JAWHARPoster Tindakan kepada Ancaman Siber.BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT152|LaporanTahunan 24Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji
                                
   179   180   181   182   183   184   185   186   187   188   189