Page 23 - Demo
P. 23


                                     Kuala Lumpur, 11 Mac 2024 Peluncuran Bulan Wakaf Kebangsaan 2024 telah dianjurkan oleh JAWHAR dan YWM di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia (BNM). Lebih 200 jemputan daripada pelbagai jabatan/agensi Persekutuan, negeri, MAIN, wakil pusat wakaf dan endowmen institusi pengajian tinggi awam, pihak korporat dan swasta dan para pewakaf telah hadir ke majlis ini. Turut hadir ialah duta dan wakil dari negara Asia Barat seperti Turkiye, Qatar, Oman, UAE dan Kuwait. Program dimulakan dengan sesi Waqf Hi-Tea Talk bertajuk %u201cWakaf Pendidikan Tinggi Pemacu Malaysia MADANI%u201d bersama moderator, Encik Mohammad Suffian bin Amrin dan dua panel, iaitu Ketua Pegawai Eksekutif YWM, YBrs. Dr. Ridzwan bin Bakar dan Ketua Eksekutif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), YBrs. Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid. Majlis Peluncuran disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato%u2019 Setia Dr. Haji Mohd Naim bin Haji Mokhtar sekali gus melancarkan produk myWaqaf PTPTN oleh YWM dan PTPTN serta buku Amalan Tadbir Urus Wakaf di Universiti Awam Malaysia terbitan JAWHAR dengan kerjasama Universiti Utara Malaysia (UUM). Peluncuran Bulan Wakaf Kebangsaan 2024BAHAGIAN WAKAF18|LaporanTahunan 24Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji
                                
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27