Page 33 - Demo
P. 33
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Malaysia MADANIAlhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah-Nya Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) telah meraikan dua dekad penubuhan. Terlebih dahulu, tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dan menyumbang tenaga dan idea kepada penghasilan Laporan Tahunan 2024. Laporan Tahunan 2024 ini amat bermakna kerana turut memuatkan kejayaan JAWHAR sepanjang tempoh 20 tahun penubuhan JAWHAR dalam memainkan peranan di peringkat Persekutuan bagi pengurusan wakaf, zakat, haji dan umrah.Pelbagai program dan kerjasama strategik telah diadakan sepanjang 2024, antaranya sesi kunjungan hormat JAWHAR dan Yayasan Wakaf Malaysia (YWM) kepada semua Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) bagi membentangkan kandungan cadangan Pelan Induk Wakaf Nasional (PIWN) 2025 %u2013 2030 sebelum dibentangkan di peringkat Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI), Majlis Raja-Raja (MRR) dan Jemaah Menteri. Program di peringkat antarabangsa pula melibatkan lawatan kerja dan sesi libat urus ke empat negara Asia Barat seperti Arab Saudi, Qatar, Kesultanan Oman dan Kuwait bagi menjalin kerjasama strategik serta berkongsi pengalaman bagi pengurusan wakaf.JAWHAR selaku penyelaras bagi pengurusan pentadbiran zakat dan sumber am di peringkat Persekutuan telah berjaya melaksanakan Bulan Zakat Kebangsaan 2024 dan Anugerah Zakat Kebangsaan. Justeru, terdapat pembaharuan dalam promosi sambutan kali ini, yang mana JAWHAR telah melancarkan satu drama pendek galakan berzakat dengan judul %u201cBersama%u201d sempena Majlis Sambutan Bulan Zakat Kebangsaan 2024 yang disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato%u2019 Setia SEKAPUR SIRIHDr. Haji Mohd Na%u2019im bin Haji Mokhtar. Penerbitan drama pendek %u201cBersama%u201d dengan kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) ini merupakan hasil keputusan bersama Mesyuarat Penyelarasan Program Zakat Bersama Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ). Drama ini turut mencipta sejarahnya yang tersendiri apabila turut melibatkan Ketua Pengarah JAWHAR dan Timbalan Ketua Pengarah JAWHAR.JAWHAR sekali lagi telah berjaya menyelaras lawatan kerja Tuan Yang Terutama Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr. Tawfig Fawzan Muhammed Al-Rabiah. Kerjasama erat yang telah terjalin bersama Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi ini akan membantu dalam memastikan kebajikan jemaah haji Malaysia terpelihara sepanjang berada di Arab Saudi semasa musim haji.Justeru, JAWHAR komited dalam meneruskan agenda memperkukuhkan sosioekonomi Islam berlandaskan kerangka MADANI demi kesejahteraan umat Islam di Malaysia terutama dalam menghadapi pelbagai cabaran dalam usaha pembangunan sosioekonomi Islam tersebut. JAWHAR akan terus meningkatkan perkhidmatan kepada masyarakat dengan sentiasa membuat penambahbaikan dan penggunaan teknologi semasa.Saya berharap laporan ini dapat memberi gambaran kepada semua pihak berkepentingan dan masyarakat mengenai usaha-usaha JAWHAR dalam meningkatkan status sosioekonomi Islam di Malaysia.Dato%u2019 Selamat bin PaigoKetua PengarahJabatan Wakaf, Zakat dan HajiLaporanTahunan 24Jabatan Wakaf, Zakat dan Hajiiv|

