Page 54 - Demo
P. 54
Kota Bharu, 25 %u2013 26 Oktober 2024 Karnival Wakaf Kesihatan telah dianjurkan secara bersama antara Majlis Agama Islam dengan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan dan JAWHAR di Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan. Tujuan utama penganjuran karnival ini adalah bagi menguar-uarkan Tabung Wakaf Tunai MAIKKampus Kesihatan USM untuk membiayai pembangunan keilmuan serta mempertingkat prasarana pelajar USM dan juga pesakit. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang program seperti qiamullail, senaman, brisk walk, pertandingan mewarna, khat, azan dan ukiran tembikai. Pameran dan perkhidmatan kesihatan/perubatan termasuk pemeriksaan kesihatan dan kempen derma darah turut diadakan. Program ini dirasmikan oleh Imam Besar Kerajaan Negeri Kelantan, YBhg. Dr. Hanapizi bin Abdullah. Jerayawara di Negeri KelantanBAHAGIAN WAKAFJabatan Wakaf, Zakat dan HajiLaporanTahunan 2421

