Page 9 - Demo
P. 9


                                    VisiMisiPemacu kemajuan ummah menerusi penyelarasan hal ehwal wakaf, zakat, mal dan haji/umrah di Malaysia.Memperkasa taraf sosioekonomi ummah menerusi penyelarasan pengurusan wakaf, zakat, mal dan haji/umrah kepada pihak berkepentingan melalui tadbir urus dan sistem penyampaian perkhidmatan berkesan.ObjektifFungsiTerdapat empat objektif khusus JAWHAR seperti berikut:%u2022Memantapkan jalinan kerjasama antara JAWHAR dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN)/Agensi Mengurus Zakat (AMZ) bagi pembangunan sosioekonomi ummah; %u2022Meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat Islam berhubung wakaf, zakat, mal dan haji/umrah;%u2022Memacu pengukuhan tadbir urus institusi wakaf, zakat, mal dan haji/umrah melalui kerjasama strategik antara agensi; dan%u2022Menyelaras maklumat berkaitan wakaf, zakat, mal dan haji/umrah secara efektif.Terdapat lima fungsi khusus JAWHAR seperti berikut: %u2022Merancang, melaksana, memantau dan menyelaras pembangunan institusi wakaf, zakat, mal dan haji/umrah agar dapat berfungsi dengan lebih berkesan dalam pembangunan sosioekonomi ummah. %u2022Merancang dan menyelaras keperluan serta keseragaman sistem perundangan bagi pembangunan institusi wakaf, zakat, mal dan haji/umrah. %u2022Menjalinkan kerjasama pintar dengan agensi-agensi kerajaan serta Government-Linked Companies (GLCs)/pihak swasta dalam pembangunan institusi wakaf, zakat, mal dan haji/umrah. %u2022Menjalankan kajian serta penyelidikan, penerbitan dan penyelarasan mengenai isu dan program-program pembangunan khazanah umat Islam supaya dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh ummah. %u2022Membantu dan memberi khidmat sokongan dalam pengurusan sumber manusia, kewangan dan Information and Communications Technology (ICT) kepada Pihak Berkuasa Agama Negeri dan agensi-agensi berkaitan.4|LaporanTahunan24Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji
                                
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13