KATEGORI PENERBITAN
Manual Pengurusan Fidyah dan Kaffarah
Manual Pengurusan Fidyah dan Kaffarah
Manual Pengurusan
2017
MPFK ini secara umumnya menyentuh tentang fidyah dan kaffarah serta kaedah tadbir urus terbaik yang perlu diimplementasi serta dilaksanakan dengan sistematik. MPFK ini pada bahagian awalnya akan menjelaskan tentang konsep fidyah dan kaffarah dari segi definisi, dalil pensyariatan, hikmah pensyariatan, hukum, sebab-sebab dikenakan, kadar bayaran, waktu membayar, kaedah bayaran, pihak yang berhak menerima bayaran dan isu-isu/permasalahan berkaitan fidyah dan kaffarah.
Seterusnya, MPFK ini akan menyentuh tentang prosedur dan kaedah tadbir urus terbaik fidyah dan kaffarah dari segi peruntukan perundangan, peranan agensi-agensi berkaitan, tanggungjawab Baitulmal dalam kutipan dan agihan, prosedur pentadbiran di Baitulmal, akaun amanah serta langkah-langkah memperkasa pentadbiran fidyah dan kaffarah di Baitulmal.
Justeru, MPFK ini adalah bertujuan untuk memberi garis padnuan dan ia terbuka untuk rujukan masyarakat umum agar lebih peka dengan kepentingan pengurusan fidyah dan kaffarah yang berkait rapat dengan kesempurnaan ibadat yang
dilaksanakan terutamanya puasa