KATEGORI PENERBITAN
Manual Pengurusan Haji Ifrad, Tamatu' dan Qiran
Manual Pengurusan Haji Ifrad, Tamatu' dan Qiran
Manual Pengurusan
Cetakan Pertama : 2015
Manual ini secara umumnya menyentuh secara terperinci jenis-jenis haji yang disyariatkan di dalam Islam iaitu Haji Ifrad, Haji Tamattu‟, dan Haji Qiran mengenai tata urus melaksanakannya daripada setiap perkara yang perlu dilaksanakan sebelum, semasa dan selepas menunaikan ibadah haji dan umrah.
Justeru, manual ini adalah bertujuan untuk memberi garis panduan yang komprehensif dan ia terbuka untuk rujukan masyarakat umum agar lebih peka tentang kepentingan menyediakan diri seawal-awalnya dengan ilmu manasik haji dan berusaha untuk menunaikan haji pada usia muda. Hal ini adalah bagi mengurangkan kesilapan dan kekeliruan yang mungkin akan dilakukan oleh jemaah serta dapat memaksimumkan kemampuan beribadah di tanah suci Mekah.