KATEGORI PENERBITAN
Manual Pengurusan Harta Syubhah
Manual Pengurusan Harta Syubhah
Manual Pengurusan
Cetakan Pertama : 2009
MPHS ini memberi tumpuan kepada harta di bawah skop wang hasil tidak patuh syariah menurut hukum syarak dengan memfokuskan kepada punca-punca wang tidak patuh syariah yang mungkin terhasil daripada aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan kewangan dan perbankan. Oleh kerana isu dan enario di Malaysia lebih banyak berkaitan industri kewangan dan perbankan, maka adalah lebih sesuai bidang tersebut diperjelas dan dijadikan contoh dalam manual ini. Sasaran utama pengaplikasian MPHS ini adalah bertujuan untuk memberi garis panduan kepada Baitulmal MAIN di seluruh Malaysia. Bagaimanapun, ia juga terbuka untuk bacaan dan rujukan masyarakat umum agar lebih peka dengan penyaluran wang hasil daripada aktiviti tidak patuh syariah kepada baitulmal. Secara keseluruhannya, skop perbincangan MPHS ini adalah merangkumi sumber-sumber yang memungkinkan penghasilan wang hasil daripada aktiviti tidak patuh syariah, proses penerimaan serta pengagihan (tadbir urus) wang hasil daripada aktiviti tidak patuh syariah di baitulmal