KATEGORI PENERBITAN
Manual Pengurusan Kesihatan Umrah
Tajuk
Manual Pengurusan Kesihatan Umrah
Kategori
Manual Pengurusan
Tahun Diterbitkan
2026
Setiap tahun terdapat peningkatan bilangan rakyat Malaysia menunaikan ibadah umrah. Ibadah ini menjadi pilihan berbanding ibadah haji kerana ia tidak terikat dengan kuota dan bakal jemaah boleh merancang untuk melaksanakannya pada bila-bila masa sepanjang tahun. Dengan inisiatif Kerajaan Arab Saudi yang membuka visa pelancong pada 27 September 2019 kepada 49 buah negara termasuk Malaysia turut menyumbang kepada peningkatan jumlah jemaah umrah. Untuk menghasilkan umrah yang berkualiti, ia memerlukan persiapan jasmani dan minda yang sihat termasuk kepentingan menjaga kesihatan sebelum dan semasa mengerjakan umrah di tanah suci.