Page Title |
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Manual Pengurusan Kesihatan Umrah
Tajuk

Manual Pengurusan Kesihatan Umrah

Kategori

Manual Pengurusan

Tahun Diterbitkan

2026

Flipbook
Download

 Mekah al-Mukaramah dan Madinah Munawwarah merupakan dua tanah suci bagi umat Islam dan menjadi tempat tumpuan untuk melaksanakan ibadah haji/umrah dan ziarah.

 

Mengunjungi Baitullah untuk menyempurnakan ibadah haji/umrah dan ziarah merupakan cita-cita murni bagi setiap umat Islam. Namun, terdapat dalam kalangan umat Islam yang kurang persediaan dari sudut ilmu pengetahuan, malahan ada yang tidak memahami perkara-perkara asas untuk mengerjakan ibadah tersebut. Terdapat jemaah yang tidak mendalami hukum-hakam mengenai haji/umrah, ditambah pula dengan kejahilan hukum-hakam mengenai akidah yang menjejaskan kualiti ibadah mereka kerana terikut dengan kebiasaan yang dipegang sebagai adat.

 

Apabila mereka mengerjakan ibadah dalam keadaan tidak bersedia, maka terjadilah perlanggaran hukum yang boleh mencacatkan kesempurnaan ibadah tersebut. Hal ini berlaku kerana mereka mengikut perbuatan jemaah yang kurang arif tentang ibadah itu. Kebanyakan jemaah mewarisi amalan khurafat yang diamalkan masyarakat setempat walaupun ada dalam kalangan mereka pernah menunaikan haji/umrah.

Scroll to Top
Skip to content