KATEGORI PENERBITAN
Manual Pengurusan Wang Khairat
Manual Pengurusan Wang Khairat
Manual Pengurusan
Cetakan Pertama : 2014
MPWK ini secara umumnya menyentuh tentang wang khairat (sedekah / derma) dan tadbir urus terbaik wang khairat sebagai satu instrumen yang perlu diberi perhatian dan dilaksanakan dengan sistematik. MPWK ini pada bahagian awalnya akan menjelaskan tentang konsep wang khairat dari segi definisi, dalil, hikmah, hukum, rukun dan syarat serta hal-ehwal berkaitan dengannya. Seterusnya, MPWK akan menyentuh tentang prosedur dan kaedah tadbir urus terbaik wang khairat dari segi peruntukan perundangan, pentadbiran dan pengurusan, peranan agensi-agensi berkaitan dan prosedur pentadbiran wang khairat di MAIN. Justeru, MPWK ini adalah bertujuan untuk memberi garis panduan yang komprehensif dan ia terbuka untuk rujukan masyarakat umum agar lebih peka tentang kepentingan sumbangan wang khairat dalam pembangunan ummah.