Page 102 - Demo
P. 102
102LAPORAN TAHUNAN 2023Jabatan Wakaf, Zakat dan HajiKURSUS PERKHIDMATANPUTRAJAYA, 8 Mac 2023 - Unit Sumber Manusia dan Latihan, Bahagian Khidmat Pengurusan JAWHAR telah menganjurkan Kursus Perkhidmatan bertempat di Ruang Aktiviti, Bahagian Pengurusan Halal, Aras 7, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya. Bengkel ini dihadiri oleh 36 orang pegawai dan kakitangan JAWHAR.Kursus ini diadakan bagi meningkatkan pengetahuan warga JAWHAR mengenai kemudahan yang dinikmati oleh penjawat awam. Selain itu dapat memberi kefahaman dengan lebih mendalam tentang elaun dan kemudahan melalui taklimat yang disampaikan oleh penceramah. Dalam masa yang sama dapat menanam sifat bertanggungjawab dan kepatuhan terhadap peraturan dan prosedur semasa bertugas mengikut pekeliling yang berkuat kuasa.