Page 105 - Demo
P. 105
105LAPORAN TAHUNAN 2023Jabatan Wakaf, Zakat dan HajiKURSUS PENGUKUHAN PASUKAN JAWHARPORT DICKSON, 27 %u2013 29 Julai 2023 - Unit Sumber Manusia dan Latihan, BKP JAWHAR telah menganjurkan Kursus Pengukuhan Pasukan JAWHAR bertempat di The Grand Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan dan dirasmikan oleh Ketua Pengarah JAWHAR, YBhg. Dato%u2019 Selamat bin Paigo. Kursus ini telah dihadiri oleh 40 orang pegawai dan kakitangan JAWHAR dan dikendalikan oleh Encik Bahagia bin Jemali, perunding daripada MyBody Work Konsultan.Tujuan utama kursus ini diadakan adalah bagi memantapkan pembangunan diri para pegawai dan kakitangan dalam melaksanakan tugas di Jabatan pada masa akan datang. Selain itu juga, objektif utama kursus ini dianjurkan adalah bagi menanam motivasi dan jati diri dalam kalangan pegawai dan kakitangan bagi membina budaya kerja cemerlang, menanam nilai tanggungjawab dan amanah dalam melaksanakan tugas yang diberikan, mewujudkan semangat kekitaan dan menanam budaya kerja berpasukan, membina persefahaman dan komunikasi yang baik dalam satu pasukan kerja, mengeratkan silaturrahim sesama pegawai dan kakitangan dan mengenalpasti kelemahan diri dan melakukan perubahan atau transformasi diri.