Page 119 - Demo
P. 119


                                    119LAPORAN TAHUNAN 2023Jabatan Wakaf, Zakat dan HajiPROGRAM JAWHAR SEHATI SEJIWAPUTRAJAYA, 14 September 2023 %u2013 Kemeriahan Sambutan Bulan Kebangsaan Tahun 2023 di JAWHAR diteruskan lagi dengan Program JAWHAR Sehati Sejiwa yang disertai oleh seluruh warga JAWHAR. Program ini dilaksanakan bertujuan untuk mewujudkan rasa kekitaan dan kerja berpasukan seterusnya mengeratkan silaturahim di kalangan warga JAWHAR.Antara pengisian program adalah penganjuran sukan rakyat seperti congkak, dart, ping pong, batu seremban dan karom. Semangat kesukanan yang tinggi telah ditunjukkan oleh peserta program dan pasukan Rumah Merah yang diketuai oleh Pengarah Bahagian Baitulmal, En. Mohd Sabri bin Seman, telah tampil juara. Sifat permuafakatan yang tinggi di kalangan warga JAWHAR diharap dapat mencerminkan imej penjawat awam yang baik dan mendukung aspirasi keterampilan kakitangan agensi hal ehwal agama.
                                
   113   114   115   116   117   118   119   120   121   122   123