Page 117 - Demo
P. 117


                                    117LAPORAN TAHUNAN 2023Jabatan Wakaf, Zakat dan HajiTAKLIMAT MADANI AL-FALAH DAN PROGRAM BRISK WALK JAWHARPUTRAJAYA, 8 September 2023 %u2013 Bersempena dengan Bulan Kemerdekaan dan Kebangsaan Tahun 2023, seluruh warga JAWHAR telah bersama-sama meraikan kemeriahan sambutan tersebut dengan menyertai Program Taklimat MADANI Al-Falah pada sebelah pagi di Bilik Seminar, JAWHAR. Program Taklimat MADANI Al-Falah ini telah disampaikan oleh duta Duat Al-Falah JAWHAR iaitu En. Zulkurnain bin Hassan, Puan Nurul Hafizah binti Muhamad Mokhtar dan En. Muhammad Sazali bin Zakaria, bertujuan untuk memberi penerangan mengenai hala tuju Pelan Transformasi Hal Ehwal Agama Menuju Malaysia Madani (Pelan Transformasi Al-Falah) kepada warga JAWHAR. Pada sebelah petang pula, warga JAWHAR telah menyertai Program Brisk Walk JAWHAR di sekitar Tasik Putrajaya dengan menjalankan aktiviti riadah brisk walk di sekitar Tasik Putrajaya sambil mengibarkan Jalur Gemilang. Aktiviti yang diadakan bukan sahaja bertujuan untuk menerapkan amalan gaya hidup sihat malahan dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama warga.
                                
   111   112   113   114   115   116   117   118   119   120   121