Page 163 - Demo
P. 163
163LAPORAN TAHUNAN 2023Jabatan Wakaf, Zakat dan HajiBahagian Teknologi Maklumat (BTM) JAWHAR telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Penjenamaan dan Kandungan Media Sosial kepada Pegawai dan Kakitangan JAWHAR pada 14 - 16 Jun 2023 bertempat di Bilik Al-Khazini 2, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya.Kursus ini dikendalikan oleh tenaga pengajar yang berpengalaman daripada SIFODOTCOM. Seramai 30 peserta yang menyertai bengkel ini yang terdiri daripada Ahli Pasukan Pengurusan Kandungan dan Pasukan Pembangunan Laman Web dan Media Sosial JAWHAR. Terdapat juga wakil daripada setiap bahagian di JAWHAR.Melalui bengkel ini, para peserta didedahkan dengan ilmu pengetahuan serta tips & trick dalam menghasilkan kandungan yang menarik, terkini serta mampu menarik minat penonton. Para peserta juga diberikan pendedahan dalam menghasilkan video-video menggunakan smartphone termasuk kerja-kerja suntingan bagi penghasilan video yang menarik. Rata-rata para peserta amat berpuas hati dengan ilmu pengetahuan yang diperolehi melalui bengkel ini.Bengkel Refresher %u2013 Rekabentuk Bentuk Grafik dan Slaid - CanvaBertempat di Bilik Seminar, Aras 8, JAWHAR, Bengkel Refresher %u2013 Reka bentuk Grafik dan Slaid menggunakan Canva anjuran BTM telah diadakan pada 9 Mac 2023. Kursus selama satu (1) hari ini dihadiri seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada wakil bahagian, di mana sebahagiannya telah menghadiri Kursus Penyediaan Slaid Persembahan Gaya Pro & Reka Grafik Kreatif pada bulan November 2022 yang lalu.Kursus ini merupakan inisiatif BTM bagi memastikan para peserta bengkel yang lalu dapat mengaplikasi ilmu pengetahuan yang telah diperolehi sebelum ini, di samping menilai semula tahap kemahiran para peserta dalam menggunakan aplikasi Canva ini.Kursus ini dikendalikan sepenuhnya oleh pegawai Bahagian Teknologi Maklumat (BTM). Melalui penganjuran bengkel ini, selain dapat menyegar semula pengetahuan dalam penghasilan reka bentuk grafik, para peserta juga dapat bertukar-tukar idea dan pengalaman dalam menghasilkan reka bentuk grafik yang menarik dan terkini.