Page 166 - Demo
P. 166
166LAPORAN TAHUNAN 2023Jabatan Wakaf, Zakat dan HajiKursus Pembangunan Aplikasi dan Pengemaskinian Data GeospatialTanggal 7-8 Mac 2023, bertempat di Bilik COE, Aras 8 Wisma Sumber Asli, Putrajaya, kesemua pegawai Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) telah menghadiri Kursus Pembangunan Aplikasi dan Pengemaskinian Data Geospatial. Sistem Geospatial Tanah Wakaf JAWHAR (J-GIS) telah dibangunkan dan dilaksanakan secara dalaman pada tahun 2016 oleh MacGDI (kini dikenali sebagai Pusat Geospatial Negara, PGN) bersama JAWHAR sebagai pemilik projek manakala Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) sebagai pengguna dan Subject Matter Expert (SME) bagi projek ini.Tenaga Pengajar Berpengalaman daripada Pasukan PGNKursus ini merupakan sesi hands-on kepada Pegawai BTM berkaitan dengan Modul Pembangunan Sites dan Story Map Geospatial. Menerusi kursus ini, BTM akan dapat membangunkan antara muka baharu J-GIS secara dalaman yang lebih berstruktur kepada pengguna MAIN dan JAWHAR untuk melihat paparan data geospatial tanah wakaf. Kursus ini dikendalikan oleh tenaga pengajar yang berpengalaman luas daripada PGN dalam pembangunan Aplikasi Data Geospatial di Malaysia.