Page 104 - Demo
P. 104
Putrajaya, 26 November 2024 Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) telah menganjurkan Mesyuarat Penyelarasan Program Zakat bersama Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ) Bilangan 3 Tahun 2024 di Dewan Syura Utama Jannatul Firdaus.Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah JAWHAR, YBhg. Dato%u2019 Selamat bin Paigo ini bertujuan membincangkan perkara-perkara berbangkit yang berkaitan hal ehwal zakat serta menyelaraskan program-program zakat dengan semua MAIN dan AMZ. Terdapat tiga pembentangan dalam mesyuarat tersebut, seperti berikut:1.Pembangunan Ujian Psikometrik Asnafpreneur untuk Kelayakan Bantuan Modal Perniagaan Zakat dalam Kalangan Asnaf Fakir dan Miskin yang disampaikan oleh Ketua Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM), YBrs. Dr. Asmak binti Ab Rahman, dan Pengurus Kanan Unit Syariah dan Antarabangsa, Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), YBrs. Tuan Haji Ahmad Husni bin Dato%u2019 Haji Abdul Rahman;2.Program Pembangunan Keusahawanan Asnaf (PEKAs) @ ISHRAF yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Syariah Kumpulan SME Bank, YBrs. Tuan Jumadi bin Kadir; dan3.Laporan Mesyuarat Khas Majlis Pengurusan Zakat Negeri-Negeri (MPZN) yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM merangkap Pengerusi Majlis MPZN, YBrs. Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin bin Adnan. Mesyuarat Penyelarasan Program Zakat Bersama Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ) Bilangan 3 Tahun 2024BAHAGIAN BAITULMALJabatan Wakaf, Zakat dan HajiLaporanTahunan 2471

