Page 108 - Demo
P. 108


                                    Kunjungan Hormat Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) Putrajaya, 05 Mac 2024 JAWHAR telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat TTPM, Putrajaya yang diketuai oleh Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Kerjasama Antarabangsa (BPKA) JAWHAR, YBrs. Puan Rosmiena binti Che Mat bersama tiga orang pegawai daripada BPKA. Tujuan utama kunjungan hormat ini adalah untuk bertukar pandangan dan menjalin kerjasama strategik antara JAWHAR dengan TTPM seterusnya meningkatkan kefahaman pegawai JAWHAR yang terlibat secara langsung dalam menyampaikan taklimat advokasi mengenai penipuan pakej umrah dan haji kepada masyarakat setempat. Semasa kunjungan hormat tersebut, pegawai JAWHAR berpeluang mengikuti sesi pendengaran secara langsung tuntutan yang melibatkan kes umrah.Turut hadir semasa kunjungan hormat tersebut ialah Timbalan Pengerusi TTPM, YBrs. Tuan Mohamad Hafisol bin Yusoff.BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN KERJASAMA ANTARABANGSAJabatan Wakaf, Zakat dan HajiLaporanTahunan 2475
                                
   102   103   104   105   106   107   108   109   110   111   112