Page 132 - Demo
P. 132


                                    BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN Putrajaya, 8 Mei 2024 Majlis Rumah Terbuka MADANI Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri (JPM) Tahun 2024 yang bertempat di Dewan De%u2019 Seri Endon Puspanitapuri, Putrajaya turut disertai oleh JAWHAR melalui gabungan gerai makanan rojak pasembor, aneka bubur, mi kari dan air batu campur bersama JAKIM, Lembaga Tabung Haji, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, JKSM, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Sebanyak 10 buah gerai makanan telah disediakan oleh gabungan jabatan/agensi di bawah JPM dengan 40 jenis menu bagi jamuan lebih 5,000 orang tetamu yang hadir.Majlis turut diserikan dengan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim atas limpah perkenan berangkat bercemar duli ke majlis berkenaan. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong turut berkenan santap, beramah mesra dan bergambar bersama para hadirin sebelum berangkat pulang.Majlis Rumah Terbuka MADANI Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri Tahun 2024Jabatan Wakaf, Zakat dan HajiLaporanTahunan 2499
                                
   126   127   128   129   130   131   132   133   134   135   136