Page 133 - Demo
P. 133
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN Putrajaya, 20 dan 21 Mei 2024 BKP, JAWHAR telah mengadakan Bengkel Migrasi Fail bersama Arkib Negara Malaysia bertempat di Bilik Seminar, Aras 8, JAWHAR. Bengkel ini diadakan susulan kelulusan perakuan Klasifikasi Fail Urusan Am dan Urusan Fungsian Jabatan ini oleh Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia pada 19 Mac 2024. Bengkel yang diadakan selama dua hari ini dihadiri oleh 30 orang pegawai JAWHAR yang merupakan pegawai pengendali fail di setiap bahagian/unit. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memastikan migrasi fail lama kepada klasifikasi fail baharu dilaksanakan dengan betul dan sistematik mengikut kriteria pembukaan dan penutupan fail. Selain itu juga, bengkel ini dapat melatih pegawai JAWHAR menggunakan klasifikasi fail sebelum transisi daripada manual ke arah sistem pengurusan rekod elektronik (DDMS) pada masa akan datang.Bengkel Migrasi Fail100|LaporanTahunan 24Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji

