Page 150 - Demo
P. 150
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN Seremban, 16 November 2024 Selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 Jun 2024 yang bersetuju untuk melaksanakan Program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni MADANI) di seluruh negara, Ketua Pengarah JAWHAR, YBhg. Dato%u2019 Selamat bin Paigo, telah memilih kampung beliau dibesarkan, iaitu Kampung Baru Blok C, Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan selaku lokasi penganjuran Program Santuni MADANI. Antara pengisian program ialah taklimat JAWHAR Intellectual Discourse (JID) berkenaan Penipuan Haji dan Umrah, penyampaian wakaf al-Quran kepada kelas mengaji dewasa dan sumbangan bakul makanan serta wang kepada 40 buah keluarga asnaf di kawasan Ampangan. Majlis yang diadakan di Balai Raya Kampung Baru Blok C ini turut dihadiri oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Waqaf Malaysia (YWM), YBrs. Dr. Ridzwan bin Bakar, Ahli Majlis Bandaraya Seremban, YBrs. Encik Roslan bin Aziz, Penghulu Mukim Ampangan, Encik Ishak bin A. Malek, Pengerusi Masjid Dato%u2019 Klana Petra Mubarak Al-Haj Sungai Landak, YBhg. Dato%u2019 Dr. Zainal Ariffin bin Omar, wakil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan dan wakil Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Setinggi penghargaan kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Sungai Landak yang memberikan kerjasama erat bagi menjayakan program ini.Program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni MADANI) Jabatan Wakaf, Zakat dan HajiJabatan Wakaf, Zakat dan HajiLaporanTahunan 24117

