Page 201 - Demo
P. 201
Kunjungan Hormat Majlis Amanah Rakyat (MARA) kepada Ketua Pengarah JAWHAR Putrajaya, 5 Julai 2024 Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang diketuai oleh Encik Yahaya bin Sani, Pengarah Kanan (Pelaburan) MARA telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), YBhg. Dato%u2019 Selamat bin Paigo pada hari ini. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Waqaf Malaysia (YWM), YBrs. Dr. Ridzwan Bakar dan Timbalan Ketua Pengarah JAWHAR, Tuan Md Ramzi bin Ishak, pegawai YWM dan pegawai-pegawai daripada Bahagian Wakaf JAWHAR. Delegasi MARA terdiri daripada pegawai-pegawai Bahagian Pelaburan dan Pembangunan Subsidiari MARA. Kunjungan hormat diadakan bagi tujuan bertukar pandangan dan meneroka ruang kerjasama pelaksanaan Wakaf MARA MADANI sebagaimana yang diumumkan YAB Perdana Menteri pada 2 Mac 2024 semasa Majlis Penutup Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB). Pertemuan telah berlangsung dalam suasana muhibah dan berjaya mewujudkan persefahaman bagi memperkasakan wakaf di negara ini.UNIT INTEGRITI DAN KOMUNIKASI KORPORAT168|LaporanTahunan 24Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji

