Page 195 - Demo
P. 195
Kursus Pengaturcaraan PHP Laravel Framework (Beginner & Intermediate) kepada Pegawai BTM JAWHAR Cyberjaya, 26 %u2013 29 Februari 2024 dan 18 %u2013 21 Mac 2024 Bertempat di Bilik Latihan di Aras 7, Tamarind Square Cyberjaya. Seramai tiga orang Penolong Pegawai Teknologi telah menghadiri Kursus Pengaturcaraan PHP Laravel Framework (Beginner & Intermediate).Kursus selama lapan hari ini yang dilaksanakan selama dua sesi ini bertujuan untuk mendedahkan pegawai ICT dalam memperluas kemahiran dan mengenal pasti, menyelesaikan masalah (troubleshoot) dalam kerja-kerja pembangunan sistem. Kursus ini dikendalikan oleh tenaga pengajar berpengalaman luas dalam pembangunan sistem menggunakan platform Laravel Framework.Pada akhir kursus ini, para pegawai ICT BTM dapat mempelajari kaedah pembangunan sistem mengikut amalan terbaik dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP Laravel Framework, sekali gus dapat menguasai kemahiran pembangunan sistem dan seterusnya dapat membangunkan sistem secara dalaman pada masa akan datang.BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT162|LaporanTahunan 24Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji

