Page 240 - Demo
P. 240


                                    Sambutan Bulan Zakat Kebangsaan merupakan program tahunan JAWHAR sejak tahun 2008 dan telah berjaya memberikan impak yang positif terhadap pendedahan dan pendidikan mengenai zakat kepada masyarakat dengan penekanan terhadap aspek publisiti kutipan dan agihan zakat kepada umat Islam. Penganjuran program ini sentiasa ditambah baik pada setiap tahun supaya pengisian dapat dipelbagaikan bagi memastikan impaknya lebih menyeluruh terutamanya kepada golongan asnaf dan masyarakat. Antara penambahbaikan yang telah dibuat ialah Anugerah Zakat Kebangsaan diberikan kepada tokoh-tokoh usahawan dan agensi yang dikenal pasti pada peringkat negeri (bermula tahun 2009).Berdasarkan kepada kejayaan demi kejayaan yang telah tercatat, serta impak positif yang diterima daripada penganjuran program ini pada saban tahun, Bahagian Baitulmal meneruskan kesinambungan melaksanakan Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Zakat Kebangsaan Tahunan. Bagi menghargai jasa dan komitmen semua pihak yang terlibat dalam pengurusan zakat di Malaysia, sebanyak tujuh (7) kategori Anugerah Zakat Kebangsaan dipertandingkan seperti yang berikut:1.Kategori Ikon Asnaf (Akademik);2.Kategori Ikon Asnaf (Usahawan);3.Kategori Syarikat Sendirian Berhad;4.Kategori Syarikat Awam Berhad;5.Kategori Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC);6.Kategori Inovasi Zakat Terbaik (Kutipan); dan7.Kategori Inovasi Zakat Terbaik (Agihan).AZK merupakan inisiatif tahunan anjuran JAWHAR bagi mengiktiraf kecemerlangan institusi-institusi zakat di Malaysia yang menjadi medan penting bagi menilai amalan terbaik pengurusan zakat oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ) di seluruh negara dalam aspek tatakelola dan tadbir urus, pembangunan asnaf, teknologi serta inovasi dalam pengurusan kutipan dan agihan zakat.Semenjak pengenalannya, seramai 30 orang individu telah menerima anugerah dalam kategori akademik dan usahawan, sebanyak 31 buah syarikat menerima anugerah dalam kategori masing-masing, manakala Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ) berpeluang mengungguli kategori inovasi kutipan dan agihan zakat.BahagianBaitulmalAnugerah Zakat KebangsaanPENCAPAIAN 20 TAHUNJabatan Wakaf, Zakat dan HajiLaporanTahunan 24207
                                
   234   235   236   237   238   239   240   241   242