Page 241 - Demo
P. 241


                                    Dari segi pelantikan juri untuk penilaian calon-calon anugerah, mereka terdiri daripada pakar berpengalaman luas dalam pengurusan zakat dan pentadbiran zakat. Pelantikan mereka dibuat berdasarkan bidang profesional, kelayakan akademik, serta keterlibatan aktif dalam pembangunan dan pengurusan zakat. Peranan juri adalah penting untuk memastikan proses penilaian calon penerima anugerah dilaksanakan dengan telus, mencapai objektif serta menepati garis panduan dan kriteria penjurian yang ditetapkan dalam borang pencalonan, bagi memelihara prestij majlis rasmi kerajaan. Penjurian ini memerlukan pengetahuan yang mendalam, pertimbangan yang adil serta integriti yang tinggi dalam proses penjurian. Pelantikan juri dari luar jabatan diperlukan memandangkan jabatan tidak mempunyai kepakaran khusus dalam bidang berkaitan untuk melaksanakan penjurian. Ini merupakan langkah penting untuk memastikan penjurian bebas daripada sebarang konflik kepentingan dan persepsi berat sebelah, di samping memperkukuh keyakinan peserta serta pihak MAIN/AMZ terhadap tahap ketelusan dan integriti keputusan.Barisan penerima Anugerah Zakat Kebangsaan (AZK) 2023 bersama Ketua Pengarah JAWHAR, YBhg. Dato%u2019 Selamat bin Paigo dan Timbalan Ketua Pengarah JAWHAR, YBrs. Tuan Md Ramzi bin Ishak.Ketua Pengarah JAWHAR, YBhg. Dato%u2019 Selamat bin Paigo menyampaikan ucapan perasmian dalam Majlis Anugerah Zakat Kebangsaan (AZK) 2023. PENCAPAIAN 20 TAHUN208|LaporanTahunan 24Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji
                                
   235   236   237   238   239   240   241   242