Page 44 - Demo
P. 44
Pembangunan Fasa 2 Hotel Wakaf Taiping merupakan projek sambungan kepada inisiatif pembangunan Fasa 1 yang telah beroperasi sebagai Hotel Seri Warisan sejak 4 Julai 2012. Projek yang dibangunkan dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan %u2018Adat Melayu Perak (MAIPk), Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) ini bertujuan memberi lebih manfaat kepada masyarakat melalui pembangunan hartanah wakaf ekonomi yang berimpak tinggi. Pada 8 Oktober 2019, Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima projek telah diadakan menandakan permulaan rasmi pembangunan Fasa 2. Sebanyak 44 siri mesyuarat tapak dan 18 siri lawatan fizikal projek telah diadakan sepanjang pembangunan projek. Tarikh siap projek adalah pada 29 Januari 2025 dan Majlis Penyerahan Projek Fasa 2 telah disempurnakan oleh Pengarah JKR Negeri Perak, YBrs. Ir. Haji Zamri bin Mat Kasim, YBhg. Ketua Pengarah JAWHAR, Dato%u2019 Selamat bin Paigo, dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Tuan Syamsul Hazeman bin Md Salleh pada 17 Februari 2025.Beberapa siri lawatan kerja rasmi telah diadakan, antaranya oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan dan Pembangunan), Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada 16 Julai 2024 yang turut melibatkan wakil jabatan/agensi seperti Bahagian Pembangunan JPM, Unit Penyelarasan Pelaksanaan JPM, JAWHAR, Cawangan Kerja Bangunan Am 1 JKR, JKR Perak, MAIPk, Pejabat Pembangunan Negeri Perak, Pejabat Daerah dan Tanah Larut, Matang dan Selama dan YWM. Pada 29 Julai 2024, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan turut melawat tapak projek diiringi oleh Ketua Pengarah JAWHAR, YBhg. Dato%u2019 Selamat bin Paigo, wakil Pejabat Pembangunan Negeri Perak, MAIPk dan Ibu Pejabat JKR, JKR Perak dan JKR Larut, Matang dan Selama (JKR LMS). Begitu juga pada 11 Ogos 2024, Ketua Audit Negara, YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi diiringi oleh Ketua Pengarah JAWHAR, YBhg. Dato%u2019 Selamat bin Paigo, Ketua Pegawai Eksekutif YWM, YBrs. Dr. Ridzwan bin Bakar, wakil Jabatan Audit Negara, Pejabat Pembangunan Negeri Perak, MAIPk dan JKR LMS telah melawat ke Pembangunan Fasa 2 Hotel Wakaf Taiping. Prestasi semasa bagi pembangunan hotel tersebut juga telah dibentangkan oleh Jurutera Daerah JKR LMS, Ir. Muhamad Hambali Ab Ghani.PROJEK PEMBANGUNAN TANAH WAKAFPembangunan Fasa 2 Hotel Wakaf TaipingBAHAGIAN WAKAFJabatan Wakaf, Zakat dan HajiLaporanTahunan 2411

