Page 47 - Demo
P. 47
Bahagian Wakaf JAWHAR melaksanakan pelbagai program kerjasama pintar dan kolaborasi dengan pelbagai pihak seperti YWM, semua MAIN dan jabatan/agensi Persekutuan sebagai agenda mempromosi kesedaran berwakaf bagi meningkatkan sumbangan wakaf di Malaysia. Antara program yang diadakan sepanjang tahun 2024 ialah:MENYELARAS KERJASAMAPINTAR WAKAF 10 Mac 2024 Ketua Pengarah JAWHAR, YBhg. Dato%u2019 Selamat bin Paigo telah hadir mempromosi sambutan Bulan Wakaf Kebangsaan 2024 di slot Assalamualaikum TV AlHijrah. Seterusnya, pada 15 Mac 2024, Timbalan Ketua Pengarah JAWHAR, Tuan Md Ramzi bin Ishak dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Wakaf, Encik Hanif bin Jamaludin turut mempromosi sambutan Bulan Wakaf Kebangsaan 2024 di slot program Selamat Pagi Malaysia, RTM. Kesinambungan promosi mengenai wakaf diteruskan melalui siaran langsung slot Fikrah, RTM pada 14 Ogos 2024 dengan menampilkan Timbalan Pengurus Besar Wakaf Pahang, YBrs Dr. Mohd Syakir bin Dato%u2019 Haji Mohd Taib dan Pengarah Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) Universiti Putra Malaysia, Tuan Haji Haris bin Dahlan yang telah berkongsi pengalaman membangunkan wakaf kesihatan di negeri Pahang dan UPM. JAWHAR juga melaksanakan program-program kesedaran berwakaf dengan agensi-agensi Persekutuan di sekitar Putrajaya seperti di Kementerian Komunikasi, Kementerian Pengangkutan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Kementerian Luar Negeri. YWM turut membuka reruai penerangan dan kemudahan untuk berwakaf menerusi potongan gaji.Promosi Bulan Wakaf Kebangsaan 2024BAHAGIAN WAKAF14|LaporanTahunan 24Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji

