Page 112 - Demo
P. 112
112LAPORAN TAHUNAN 2023Jabatan Wakaf, Zakat dan HajiMAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI AGENSI DI BAWAH YB MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)PUTRAJAYA, 16 Mei 2023 %u2013 JAWHAR telah menyertai Majlis Sambutan Aidilfitri Agensi di bawah YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Tahun 2023 bertempat di perkarangan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya dengan membuka gerai minuman dan buah-buahan bersama Yayasan Waqaf Malaysia (YWM). Gerai ini turut mendapat kerjasama Kelab Riadah dan Kebajikan JAWHAR (KRKJ).Majlis ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama warga agensi hal ehwal agama selain memeriahkan suasana bulan Syawal yang diraikan. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato%u2019 Setia Dr. Haji Mohd Na%u2019im Bin Mokhtar, melawat ke setiap gerai agensi hal ehwal agama yang ada.