Page 155 - Demo
P. 155


                                    155LAPORAN TAHUNAN 2023Jabatan Wakaf, Zakat dan HajiKhidmat Nasihat dan Sokongan Teknikal ICTBahagian Teknologi Maklumat (BTM) bertanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan ICT yang terbaik kepada semua warga JAWHAR, pelanggan luaran JAWHAR sama ada agensi awam mahupun swasta dan orang awam. BTM sentiasa memastikan keperluan perkakasan, perisian, sistem aplikasi dan juga rangkaian tersedia pada tahap yang paling optimum. Antara aktiviti yang dilaksanakan termasuklah :-i.Penggantian perkakasan baharu mengikut keperluan;ii.Software updates/ data backup;iii.Aktiviti penyelenggaraan pencegahan peralatan; daniv.Mengemas kini inventori peralatan ICT JAWHAR.Keselamatan ICT JAWHARAntara peranan penting BTM juga adalah memastikan keselamatan ICT Jabatan diperkemas dan dipertingkat dari semasa ke semasa bagi mengurangkan risiko pencerobohan ke atas aset ICT dan maklumat Jabatan. Antara langkah yang diambil termasuklah pengukuhan aspek kawalan keselamatan fizikal dan bukan fizikal (melibatkan software / tools, hardware, secure coding dan sebagainya).Warga Jabatan juga sentiasa diberi pendedahan berkaitan kepentingan menjaga keselamatan ICT dengan menyebarkan hebahan maklumat berkaitan keselamatan ICT dalam bentuk poster melalui e-mel kepada semua warga JAWHAR. Informasi ini bertujuan memberi input dan maklumat berguna kepada warga JAWHAR berkaitan dengan pematuhan kepada Dasar Keselamatan ICT (DKICT) JAKIM dan tip keselamatan ICT sebagai panduan.
                                
   149   150   151   152   153   154   155   156   157   158   159