Page 151 - Demo
P. 151
151LAPORAN TAHUNAN 2023Jabatan Wakaf, Zakat dan HajiPaparan Muka Depan Papan Pemuka (Dashboard) J-GIS.Kerja-kerja naik taraf J-GIS ini adalah seperti berikut :-i.Pembangunan Papan Pemuka (Dashboard) bagi Majlis Agama Islam Negeri yang aktif menggunakan J-GIS.Pembangunan Dashboard dimulakan bagi Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) serta Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perlis (MAIPs) dan akan diperluas ke Majlis-Majlis Agama Islam lain;ii.Integrasi DataProjek integrasi data geospatial bagi Maklumat Tanah Wakaf Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAIPP) dengan J-GIS telah dirancang pada awal tahun 2023. Walau bagaimanapun, pelaksanaan integrasi ini terpaksa ditangguhkan kerana isu perbezaan versi ArcGI dan sedang menunggu naik taraf aplikasi ArcGIS di PGN yang dijangka selesai pada tahun 2024;iii.Pembangunan Sites dan Story MapDua (2) lagi ciri tambahan kepada J-GIS adalah Sites dan Story Map. Pembangunan Sites dan Story Map adalah bagi tujuan persembahan data geospatial yang teratur dan kemas beserta naratif dalam bentuk grafik yang lebih menarik bagi projek-projek pembangunan wakaf JAWHAR.