Page 150 - Demo
P. 150


                                    150LAPORAN TAHUNAN 2023Jabatan Wakaf, Zakat dan HajiMENAIK TARAF SISTEM APLIKASI GEOSPATIAL TANAH WAKAF JAWHAR (J-GIS)Aplikasi Geospatial Tanah Wakaf JAWHAR (J-GIS) telah dibangunkan sejak tahun 2015 oleh pasukan dari Pusat Geospatial Negara (PGN), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dengan kerjasama JAWHAR selaku pemilik projek manakala Majlis Agama Islam Negeri merupakan Subject Matter Expert (SME) dan pengguna bagi projek ini. Ia merupakan aplikasi Geographic Information System (GIS) dalam talian yang membolehkan Majlis Agama Islam Negeri memplot dan memetakan maklumat tanah wakaf ke dalam sistem secara cepat, tepat dan dalam persekitaran yang selamat.
                                
   144   145   146   147   148   149   150   151   152   153   154