Page 84 - Demo
P. 84
84LAPORAN TAHUNAN 2023Jabatan Wakaf, Zakat dan HajiBENGKEL PEMERKASAAN PENGURUSAN UMRAH DI BAWAH KEMENTERIAN PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA (MOTAC)PANGKOR, 17-19 September 2023 - Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) yang diwakili oleh Bahagian Penyelidikan dan Kerjasama Antarabangsa telah menghadiri Bengkel Pemerkasaan Pengurusan Umrah di Bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) di Pangkor Village Resort, Pulau Pangkor, Perak. Bengkel selama 3 hari 2 malam ini telah dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU), wakil-wakil jabatan dan wakil-wakil daripada Persatuan Pelancongan dan Umrah. Bengkel ini telah disempurnakan penutupannya oleh Setiausaha Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan Pelancongan MOTAC, YBhg. Tuan Roslan bin Mohammad.Sebanyak 5 modul telah berjaya dibincangkan iaitu:i.Kriteria Penggredan Syarikat Umrah %u2018Platinum%u2019;ii.Deposit Pembayaran;iii.Mekanisme Penguatkuasaan Industri Pelancongan Umrah;iv.Kontrak Perjanjian; danv.Lesen Pengiklanan Pakej Umrah.