Page 85 - Demo
P. 85


                                    85LAPORAN TAHUNAN 2023Jabatan Wakaf, Zakat dan HajiKURSUS TRAINING OF TRAINERS (TOT) ADVOKASI DAN KESEDARAN PENIPUAN UMRAHSHAH ALAM, 11-12 Oktober 2023 - Program ini bertujuan melahirkan penceramah yang berwibawa dan mampu menyampaikan maklumat yang tepat dan sahih mengenai advokasi serta kesedaran berkaitan aktiviti penipuan umrah dalam kalangan masyarakat. Program anjuran Bahagian Penyelidikan dan Kerjasama Antarabangsa (BPKA) Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bertempat di Masjid An Nur Temasya Glenmarie. Kursus ini telah dihadiri oleh 40 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan yang bertugas di masjid sekitar negeri Selangor. Turut hadir sama adalah Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Selangor, YBrs. Ustaz Hazman bin Che Mohamed. 
                                
   79   80   81   82   83   84   85   86   87   88   89