Page 87 - Demo
P. 87


                                    87LAPORAN TAHUNAN 2023Jabatan Wakaf, Zakat dan HajiMUZAKARAH HAJI PERINGKAT KEBANGSAAN KE-40 MUSIM HAJI 1445H/ 2023MSEPANG, 23-25 Oktober 2023 - Muzakarah kali ini membincangkan hal ehwal berkaitan bimbingan serta hukum-hakam ibadat haji yang timbul semasa musim haji 1444H lalu, juga merupakan wadah mencari penyelesaian serta resolusi terbaik berkaitan ibadat haji, umrah dan ziarah selain memberi peluang kepada Ahli-ahli Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji TH-JAKIM (JPIH), Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air (PEKTA), agensi luar seperti Institut Pengajian Tinggi (IPTA), pegawai-pegawai TH dan ilmuan agama seluruh negara untuk berkumpul berkongsi ilmu dan pengalaman serta menetapkan keseragaman hukum-hakam berkaitan permasalahan yang timbul. Turut hadir dalam muzakarah kali ini adalah delegasi daripada negara jiran iaitu daripada Indonesia dan Thailand.Program tahunan ini merupakan program anjuran Tabung Haji dengan kerjasama JAWHAR di Movenpick Hotel & Convention Centre bertemakan %u2018Ibadah Yang Sahih Asas Kemabruran Haji%u2019.
                                
   81   82   83   84   85   86   87   88   89   90   91