Page 124 - Demo
P. 124
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSANPROGRAM/BENGKEL/KURSUS Majlis Ilmu MADANI Bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Putrajaya, 23 Januari 2024 Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) telah memulakan tahun baharu 2024 dengan menganjurkan Majlis Ilmu MADANI bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato%u2019 Setia Dr. Haji Mohd Na%u2018im bin Mokhtar, bertempat di Masjid Mahmoodiah, Presint 18 Putrajaya. Penganjuran majlis yang bertemakan %u201cMADANI Memacu Kemajuan Ekonomi Ummah%u201d ini merupakan platform antara YB Menteri HEA dengan masyarakat awam secara umumnya dalam usaha memberi kefahaman mengenai nilai-nilai MADANI yang digagaskan oleh Kerajaan Perpaduan kepada orang ramai melalui penyampaian secara tausiah Islamiah. Majlis ini turut dihadiri oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, wakil-wakil Agensi HEA, kariah Masjid Mahmoodiah dan pelajar Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya dengan jumlah 300 orang peserta. Tausiyah Maghrib telah disampaikan oleh pensyarah Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM), YBrs. Dr. Haji Mohd Erfino bin Haji Johari yang menekankan mengenai kepentingan institusi wakaf dan baitulmal dalam meningkatkan keupayaan ekonomi ummah. Jabatan Wakaf, Zakat dan HajiLaporanTahunan 2491

