Page 120 - Demo
P. 120


                                     Ulu Tiram, Johor Bahru, 12 - 14 November 2024 JAWHAR dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) telah mengadakan Kursus ToT Pengurusan Haji dan Umrah di Savanna Hill Resort, Ulu Tiram, Johor Bahru.Program ini bertujuan melahirkan penceramah yang berwibawa dan mampu menyampaikan maklumat yang tepat dan sahih mengenai advokasi serta kesedaran berkaitan aktiviti penipuan umrah dalam kalangan masyarakat. Slot ceramah pengurusan haji dan umrah telah disampaikan oleh MAINS, Encik Hj Azman bin Amat, Penolong Pengarah BPKA JAWHAR, Encik Khairul Anuar bin Khalid, Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), Puan Hasila binti Awang, Pegawai Penyiasat Jenayah Pelaburan Bersindiket/Kad Elektronik/Lain-lain Jenayah JSJK Bukit Aman, Tuan ASP Sa%u2019adon bin Sabirin dan Encik Anuar bin Ahmad daripada TH.Kursus ini telah dihadiri oleh 40 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan JAINJ, pegawai agama daerah, imam daerah, penafsir al-Quran yang bertugas di sekitar daerah negeri Johor. Turut hadir sama ialah Timbalan Pengarah Operasi, JAINJ, YBrs. Tuan Haji Yosree bin Ikhsan. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah JAWHAR, YBhg. Dato%u2019 Selamat bin Paigo.Kursus Training of Trainers (ToT) Pengurusan Haji dan UmrahBAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN KERJASAMA ANTARABANGSAJabatan Wakaf, Zakat dan HajiLaporanTahunan 2487
                                
   114   115   116   117   118   119   120   121   122   123   124