Page 119 - Demo
P. 119
Langkawi, Kedah, 20 November 2024 JAWHAR dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah mengadakan JAWHAR Intellectual Discourse Bil. 5/2024: Advokasi dan Kesedaran Berkaitan Penipuan Pakej Haji dan Umrah di Auditorium Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) pada 20 November 2024 yang lalu kepada kakitangan dan warga kerja LADA.Program ini bertujuan memberikan khidmat nasihat dan kesedaran mengenai penipuan pakej haji dan umrah serta menyampaikan maklumat yang tepat dan sahih mengenai advokasi serta kesedaran berkaitan aktiviti penipuan umrah dalam kalangan masyarakat. Seramai tiga orang penceramah telah dijemput bagi menyampaikan sesi ceramah, iaitu Penolong Pengarah, BPKA JAWHAR, Encik Khairul Anuar bin Khalid bertajuk %u201cKewajipan Umrah dan Pengurusannya%u201d. Penceramah yang kedua ialah Pegawai Penyiasat Jenayah Pelaburan Bersindiket/Kad Elektronik/Lain-lain Jenayah JSJK Bukit Aman, Tuan ASP Sa%u2019adon bin Sabirin dengan tajuknya %u201cPeranan Agensi Penguatkuasaan dan Isu Penipuan Pakej Haji & Umrah%u201d. Penceramah yang ketiga ialah Penolong Pengarah BPKA JAWHAR, Encik Ahmad Amryl bin Abd Malek. Tajuk ceramah beliau ialah %u201cPelan Al-Falah Menuju Malaysia Madani%u201d.Pihak PDRM daripada Ibu Pejabat Polis Langkawi juga turut membuka kaunter penerangan dan mengedarkan risalah berkaitan penipuan scam kepada peserta yang hadir. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah JAWHAR, YBrs. Tuan Md Ramzi bin Ishak. Sempena program ini, Timbalan Ketua Pengarah JAWHAR bersama pegawai-pegawai daripada JAWHAR mengambil peluang untuk turut mengadakan kunjung hormat ke pejabat Pengurus Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan LADA, Encik Ahmad Fuad bin Ishak.JAWHAR Intellectual Discourse Bil. 5/2024: Advokasi dan Kesedaran Berkaitan Penipuan Pakej Haji dan UmrahBAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN KERJASAMA ANTARABANGSA86|LaporanTahunan 24Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji

