Page 190 - Demo
P. 190
Latihan Microsoft Office PowerPoint IntermediatePEMANTAPAN MODAL INSAN DAN PEMBUDAYAAN ICT Putrajaya, 23 %u2013 24 Mei 2024 Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) telah menganjurkan Latihan Microsoft Office PowerPoint Intermediate kepada warga kerja JAWHAR yang terpilih bertempat di Makmal Komputer JAKIM.Latihan ini dikendalikan oleh tenaga pengajar yang pakar dan berpengalaman selama 17 tahun dalam pengendalian kursus profesional, iaitu Puan Shalina binti Haji Mohd Salleh. Seramai 30 peserta yang menyertai bengkel ini yang terdiri daripada wakil-wakil bahagian di JAWHAR. Selama dua hari peserta didedahkan dengan ilmu pengetahuan serta tips & trick berkaitan dengan penggunaan Microsoft Office PowerPoint.Di akhir sesi latihan, para peserta tugasan untuk menghasilkan persembahan PowerPoint yang menarik, berdasarkan input yang diberikan oleh pengajar dengan kreativiti masing-masing. Rata-rata para peserta dapat menghasilkan persembahan PowerPoint yang menarik dan mendapat pujian daripada tenaga pengajar.BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMATJabatan Wakaf, Zakat dan HajiLaporanTahunan 24157

