Page 192 - Demo
P. 192


                                    Program JAWHAR Technology Education (JAWHAR Tech-Ed)  Putrajaya, 11 Julai 2024 Bahagian Teknologi Maklumat (BTM), JAWHAR telah menganjurkan JAWHAR Technology Education atau singkatannya JAWHAR Tech-Ed kepada pegawai dan kakitangan JAWHAR bagi memberikan pendedahan mengenai perkembangan teknologi semasa dan penggunaan dalam landskap sebenar, manfaat serta impak penggunaan teknologi semasa dalam proses kerja dan rutin harian.Program ini berlangsung selama dua hari bermula 9 Julai hingga 10 Julai 2024 bertempat di Bilik Seminar JAWHAR dan dihadiri seramai 41 warga kerja JAWHAR. Program berbentuk technology update ini diisi dengan enam sesi taklimat seperti berikut:1.Teknologi Blockchain %u2013 Pengenalan dan Hala Tuju disampaikan oleh YBrs. Tuan Ts. Adi Azlan bin Mohd Ali daripada Jabatan Digital Negara (JDN);2.Teknologi Cloud%u2013 Pengenalan dan Hala Tuju disampaikan oleh YBrs. Ts. Dr. Rafidah binti Pakir Mohamad daripada Jabatan Digital Negara (JDN); 3.Ancaman Digital Semasa %u2013 %u201cJenayah Digital, Elak Menjadi Mangsa%u201d oleh YBrs. Tuan Ahmad Faizal bin Zulkifly daripada Yayasan Digital Malaysia; 4.Teknologi AI %u2013 Pengenalan dan Hala Tuju AI Sektor Awam dan Potensi di Sektor Awam dan Etika disampaikan oleh YBrs. Dr. Noor Hasliza binti Mohd Hassan; dan5.Teknologi Update %u2013 HP Latest Digital Support.BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMATJabatan Wakaf, Zakat dan HajiLaporanTahunan 24159
                                
   186   187   188   189   190   191   192   193   194   195   196