Page 62 - Demo
P. 62
Selangor, 10 %u2013 12 September 2024 Bengkel Penyediaan Kertas Hukum dan Manual Tadbir Urus Wakaf Muaqqat telah diadakan di Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam, Selangor. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah JAWHAR, YBhg. Dato%u2019 Selamat bin Paigo. Bengkel ini melibatkan wakil-wakil daripada MAIN dan ahli-ahli akademik dengan beberapa pembentangan kertas kerja dan perbincangan kebolehlaksanaan wakaf muaqqat dari aspek perundangan dan hukum syarak. Antara pembentang yang dijemput adalah daripada Kulliyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof. To%u2019 Puan Dr. Nor Asiah binti Mohamad, Felo Penyelidik Institut Islam Hadhari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Izham Hakimi bin Redzan, pensyarah Kulliyah Ekonomi dan Sains Pengurusan UIA, Dr. Azniza Hartini Azrai Azaimi Ambrose, pensyarah Kuliah Syariah dan Undang-undang USIM, iaitu Dr. Muhamad Firdaus bin Ab Rahman dan Dr. Hussein Azeemi bin Abdullah Thaidi serta Pengurus Bahagian Pemasaran dan Korporat YWM, Cik Haidatul Azia binti Husin.Memperkasa Pengurusan dan Tadbir Urus Wakaf Bengkel Wakaf Muaqqat Siri 1BAHAGIAN WAKAFJabatan Wakaf, Zakat dan HajiLaporanTahunan 2429

