Page 63 - Demo
P. 63
Semua negeri, Januari %u2013 Disember 2024 JAWHAR dan YWM telah melaksanakan sesi kunjungan hormat kepada semua MAIN untuk membentang kandungan cadangan Pelan Induk Wakaf Nasional (PIWN) 2025 %u2013 2030. Sesi pembentangan telah dimulakan di zon utara, diikuti zon pantai timur, zon selatan, Sabah, Sarawak dan akhir sekali zon pantai barat Semenanjung Malaysia. Sesi ini bertujuan mendapatkan pandangan dan persetujuan semua MAIN ke atas cadangan dasar baharu PIWN sebelum dibentangkan pada peringkat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI), Majlis Raja-Raja (MRR) dan Jemaah Menteri. Pembentangan dilaksanakan di peringkat pegawai MAIN, mesyuarat Jawatankuasa Wakaf Negeri dan Mesyuarat MAIN termasuk sesi pembentangan khas kepada Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah dan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka. Sepanjang tahun 2024, sebanyak 11 kunjungan hormat dan pembentangan PIWN telah diadakan seperti berikut:Kunjungan Hormat Pembentangan Pelan Induk Wakaf Nasional1.Pembentangan kepada MAINPP yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Menteri 1, merangkap YDP MAINPP, YB Dato%u2019 Dr. Mohamad bin Abdul Hamid;2.Kunjung hormat dan pembentangan PIWN kepada pengurusan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM);3.Kunjung hormat dan pembentangan PIWN kepada pengurusan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP);4.Kunjung hormat dan pembentangan PIWN kepada pengurusan Majlis Islam Sarawak (MIS);5.Kunjung hormat dan pembentangan PIWN kepada pengurusan MUIS;6.Kunjung hormat dan pembentangan PIWN kepada pengurusan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan pembentangan khas kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka;7.Kunjung hormat dan pembentangan PIWN kepada pengurusan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS);8.Kunjung hormat dan pembentangan PIWN kepada pengurusan MAINJ;9.Kunjung hormat dan pembentangan PIWN kepada pengurusan Perbadanan Wakaf Selangor (PWS); 10.Kunjung hormat dan pembentangan PIWN kepada pengurusan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP); dan11.Kunjung hormat dan sesi pembentangan khas kepada Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah.BAHAGIAN WAKAF30|LaporanTahunan 24Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji

