Page 59 - Demo
P. 59
Kuala Lumpur, 13 %u2013 15 Mei 2024 International Waqf Conference 2024 (IWC24) telah diadakan di EQ Hotel, Kuala Lumpur anjuran Yayasan Canselor UKM (YCUKM) bersama YWM dan JAWHAR. Majlis telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dr. Zulkifli Hasan. Ketua Pegawai Eksekutif Pergas Investment Holdings, Dr. Shamsiah Abdul Karim, dijemput sebagai penceramah utama IWC2024 di samping Pengarah Yayasan Canselor UKM, Prof. Ts. Dr. Faizal Mohamed. Seramai 100 peserta yang terdiri daripada pegawai kerajaan, ahli akademik, pemain industri swasta dan korporat dari dalam dan luar negara telah menyertai persidangan ini. Kira-kira 60 orang peserta persidangan turut dibawa melawat ke projek wakaf pertanian kendalian YWM MAIN Holdings Sdn. Bhd. (YMH), subsidiari YWM di Laman WATANI Presint 20, Putrajaya. Taklimat disampaikan oleh Pengurus Operasi YMH, Encik Muhamad Sazeli bin Mohd Nazir. Peserta juga diberi peluang untuk meninjau hotel wakaf, iaitu Puteri Bay Hotel, Melaka pada 15 Mei 2024. Majlis penutup persidangan telah disempurnakan Timbalan Ketua Pengarah JAWHAR, Tuan Md Ramzi bin Ishak.International Waqf Conference 2024BAHAGIAN WAKAF26|LaporanTahunan 24Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji

