Page 87 - Demo
P. 87
Putrajaya, 12 Ogos 2024 JAWHAR telah menganjurkan Mesyuarat Pemilikan Wang berunsurkan Kesalahan Jenayah dalam Akaun Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) di Dewan Syura Utama Jannatul Firdaus JAWHAR.Tujuan utama mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah JAWHAR, YBrs. Tuan Md Ramzi bin Ishak ini adalah untuk membincangkan pemilikan wang berunsurkan kesalahan jenayah dalam akaun MAIN.Sesi pembentangan kertas kerja bertajuk %u201cPengurusan Terimaan Sumber Baitulmal di MAIN%u201d telah disampaikan oleh Pengarah Baitulmal, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), YBrs. Encik Indera Shahril bin Mohd Shahid. Beliau menyatakan bahawa kumpulan wang baitulmal yang diuruskan oleh MAIN terdiri daripada zakat, wakaf dan sumber am. Harta/wang tidak patuh syariah merupakan salah satu jenis harta yang disenaraikan di bawah sumber am.Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) YDH SUPT Mohd Faizal bin Mohd Atan, YDH ASP Faizal bin Ahmad, Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), YBrs. Encik Norhaizam bin Muhammad, Pengarah Jabatan Perisikan Kewangan dan Penguatkuasaan, Bank Negara Malaysia (BNM), YBrs. Encik Mohd Fuad bin Arshad, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Mal, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), YBrs. Encik Ahmad Naim bin Azlan dan Ketua Unit Bahagian Agihan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Puan Aspalela binti Hasan. Mesyuarat Pemilikan Wang Berunsurkan Kesalahan Jenayah dalam Akaun Majlis Agama Islam Negeri BAHAGIAN BAITULMAL54|LaporanTahunan 24Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji

