Page 84 - Demo
P. 84
Kota Kinabalu, 23 Julai 2024 JAWHAR dengan kerjasama Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS) telah menganjurkan Mesyuarat Pengukuhan Sumber Am Bersama Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) Bilangan 1 Tahun 2024 bertempat di Hotel Raia Kota Kinabalu pada 23 Julai 2024. Tujuan utama mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah JAWHAR, YBhg. Dato%u2019 Selamat bin Paigo ini adalah untuk membincangkan perkara-perkara berbangkit berhubung hal ehwal dan program-program di bawah sumber am.Sebelum perbincangan utama berlangsung, semua ahli mesyuarat telah berpeluang mengikuti tiga pembentangan bertajuk seperti yang berikut:1.%u201cKarbon Kredit: Ke Arah Masa Depan Mampan%u201d oleh Syarikat Karbon Vault Sdn. Bhd. yang disampaikan oleh Ketua Pengurus Pembangunan Perniagaan, YBrs. Encik Mohd Hilmi bin Mat Saad; 2.%u201cInovasi dalam Pengurusan Harta Luqatah: Pelan Jangka Panjang oleh Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah%u201d yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, YBrs. Tuan Ismail bin Mohd Adnan; dan3.%u201cPengurusan dan Pemantauan Kebenaran Pungutan Khairat di MAIN%u201d yang disampaikan oleh Pengarah Baitulmal Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), YBrs. Encik Mohd Indera Shahril bin Mohd Shahid.Mesyuarat Pengukuhan Sumber Am Bersama Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) Bilangan 1 Tahun 2024 BAHAGIAN BAITULMALJabatan Wakaf, Zakat dan HajiLaporanTahunan 2451

