Page 90 - Demo
P. 90


                                    Terdapat empat (4) pembentangan dalam mesyuarat tersebut seperti yang berikut:1.Program Sinergi Sosial Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang disampaikan oleh Ketua Unit Sosial Sinergi, Bahagian Sinergi PERKESO, Encik Mohd Najmi bin Abdul Halim; 2.Dapatan Kajian Literatur Terhadap Takrifan Asnaf Fisabilillah yang disampaikan oleh Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Penyelidikan JAKIM, Encik Mohd Salehin bin Sopian;3.Perkongsian ZPP Dalam Pengurusan Zakat di Pulau Pinang (MASA@Sg. Nibong) yang disampaikan oleh Pensyarah Kanan Universiti Sains Malaysia, Dr. Shereeza Mohamed Sanif; dan4.Laporan Mesyuarat Majlis Pengurusan Zakat Negeri-Negeri (MPZN) yang disampaikan oleh Pegawai Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) Daerah Zon Utara, Encik Ahmad Imran bin Muhamad. Sebelum mesyuarat berlangsung, seluruh delegasi MAIN dan AMZ telah dibawa melawat ke Darul Hanan Pulau Pinang, iaitu sebuah Badan Kebajikan Rumah Warga Emas yang dibina di atas tanah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang menerusi tajaan pembiayaan oleh Yayasan Albukhary. Antara prasarana yang disediakan ialah bangunan asrama, anjung terapi, dewan makan, surau, wad terlantar, dewan serba guna, bilik seminar, gimnasium dan pelbagai lagi kemudahan yang moden dan canggih untuk kegunaan penghuni warga emasnya. BAHAGIAN BAITULMALJabatan Wakaf, Zakat dan HajiLaporanTahunan 2457
                                
   84   85   86   87   88   89   90   91   92   93   94